" LIGHT ME UP "

flaw

Hello mello pp, wolrd ☺


"a human have a life differencely. "



hello,follow sini ok





TMD58}
Saturday, September 5, 2015 | 5:45 PM | 0Comment




Assalammualaikum. Hampir seminggu TMD58 berlalu tapi kerinduan tetap berlaga di dalam hati dan minda. ceh. Hampir 2 bulan kami berlatih bersama sama,penat,panas semua kami lalui. Kenangan terindah hanya datang sekejap sahaja. Semua rindu. Rindu nak trainig,rindu nak kena marah,rindu nak naik bas,rindu nak breakfast pukul 3 4 pagi,rindu nak makan sedap2,rindu nak kena terik matahari, rindu cikgu, rindu ju kalau boleh semua yg berlaku tmd rindu tau. Siapa jugak tak rindu en eleh.

So let's flasback.

 Pada bulan Julai(if i'm not mistake), cikgu bagi pengumuman siapa yg nak masuk tmd58 bagi nama dekat cikgu but tinggi kena 150 ke atas & no wonder la aku boleh en. So kawan ajak masuk but i was like afraid because nanti muka hitam  dan itu pasti dan sudah terjadi tapi memang dari dulu berazam nak masuk so why not ambil peluang en. Keesokkannya final audition, pada masa tu dah give up tau sebab tak boleh buat :') tapi alhamdulilah kawan2 support dengan usaha yg ada dapat jugak hahah senyum sampai ke telinga.

After we train in the school in a few day, kami pun berpindah training kat Stadium Matsushita. Semua sekolah ada, Kalau tak silap dalam 1000 lebih rasanya. Teruja jugaklah sebab sebelum ni tak dapat masuk.Pada mulanya janggal sangat. Lepas tu, kami diberi arahan blablabla then buat senamrobik bersama JU Suiz,JU Fidzie,Ju Jemi & more*rindunya*. Almost setiap hari ada je step baru nak dibuatnya sampai sakit2 badan tapi apa boleh buat dah volunteer nak masuk,terima jelah hihu.Dekat Stadium Matsushita selalu buat poket training dengan sekolah lain tapi sekolah kitorang buat dengan sekolah lembah subang,kelana jaya,27 *tu he ingat*. Kelakar jugaklah bila tengok sekolah lain semua tarian hampeh tak ingat step ingatkan aku sorang je hek eleh. Bab colourguard memang perit susah yg ampun bila nak baling tu uish ingat lagi bila nak baling tu semua jatuh bunyi bising tu mcm nak runtuh je stadium tau masatu kami guna kayu lagi takda colourguard. Ha ambik ko bila dah dapat colourguard lagi mcm harem. Bunyi bukan dah mcm nak runtuh memang dah runtuh pun,huru hara semua hahah sampailah semua dah pandai baling. Time tu semua happy gila semua tepuk tangan  :').


Stadium Matsushita


Lepas tu kami berpindah tempat untuk training bersama student Kuala Lumpur.JU cakap buat kat Stadium Bukit Jalil tapi tak jadi idk why. Semua berang,sedih hahah yelah excited dah kunci jam tengok2 cikgu whatsapp malam tu tak jadi. Kesian jugaklah sebab ada kawan yg tidur awal gila taktahu apa2 bila ws tak reply 1 tick je hahah then mesej dia tak jadi. kalau tak ha ambil ko pepagi pukul 4 dah mandi.Nak pendekkan cerita kami pergi ke sekolah sukan seksyen 11 then esoknya kat padang JKR. You know what? Jarak antara sekolah kami dan pdg jkr tu dengan gila semua meroyan. Start kat padang tulah semua sunburn. Seminggu jugaklah kami bertapak di Padang JKR then pergi ke Sungai Besi bergabung dengan KL dan ATM. Pagi2 dah kena mandi mak aihh tidur pun awal. Dekat Sg. Besi tu seronok jugak sebab permandangan dia cantik ada bukit bukau sejuk je, Bila redup,redup gila,bila panas,panas sangat. So be patient la. Daripada muka putih semua jadi anak negro hahah. Dan akhirnya kami bergerak di Dataran Merdeka. Pejam celik pejam celik dah nak dekat 2 bulan. Sekejap je masa berlalu weh ya Allah rasa nak nanges bila kenangkan balik,serious. Malas nak cerita semua nak pendekkan cerita,pada hari kejadian semua berpakaian segak,cantik dengan memakai costume yg diberi. Ibu berkenan gila baju tu tapi sayang tak dpt bawa balik. Untuk pertama kali,semua smks 24 tak tidur dalam bas pagi2. Sepanjang perjalanan kami nyanyi je lagu sehati sejiwa,warna warna apetah semua lagu merdeka la ada. Masa tu ada rakam tapi dah terdelete. Sedih, Lepas je solat kat masjid negara kami pergi ke dataran then berlangsung la Hari Kebangsaan Malaysia live. Masa dah nak habis,semua sedih gila dah tak dapat nak jumpa lagi dah kena berlajar seperti biasa. So let's selfie till memory full. Paling takleh lupa lari dari JU sebab JU nak ambil telefon hahaha semua pandang.Malu.

Sekolah Sukan Seksyen 11

Dataran Merdeka







Sehari lepas tmd,maka kami pun rindu merindui bagai punguk rindukan bulan aicehh. Masuk je sekolah semua blur walaupun di sekolah tapi hati tetap rindu. Masuk je sekolah,semua cikgu perli hitam :'(  ish. Dahla duduk kat tepi tingkap tingkap pulak sebelah padang lagilah banyk mengelamun em. Apa apa pun belajar tetap belajar,banyak kena catch up tho.Annyeong. Moga kita berjumpa lagi.


salam rindu.